September, 2009
  ST JOHN SUPPORTS ICE (IN CASE OF
    EMERGENCY) IDEA
  INVESTMENT / JOINT VENTURE
  OPPORTUNITY
 
August, 2009
  The BEST way of staying out of H1N1
    TROUBLE
  JPJ Guideline in recording Engine and
    Chassis number
 
August, 2008
  VW brand year-to-date sales increase
  GM announces $500 million investment
    to build Chevrolet Cruze
  Dana to sell corporate HQ building
    to Health Care REIT
  Volkswagen announces management
    changes
  GM to install 1.2MW rooftop solar
    system at Baltimore plant
  Toyota announces prices for 2009
    RAV4 range
  BMW Middle East sales up 21%
  Nissan unveils ECO Pedal technology
  FleetPride acquires Truck & Trailer
  Supply
  Mercedes-Benz USA July sales up 12%
 
GARIS PANDUAN MEREKOD NOMBOR ENJIN DAN NOMBOR CASIS KE DALAM PENGKALAN DATA JPJ

TUJUAN

Garis panduanini dikeluarkan bertujuan untuk memberi penerangan dan panduan mengenai kemasukan data/merekod nombor enjin dan casis ke dalam sistem pengkalan data JPJ.

LATAR BELAKANG

  • Sebelum sesebuah kenderaan didaftarkan, Data nombor enjindan casis kenderaan akan dihantar ke pengkalan data JPJ. Walaubagaimanapun kemasukan data enjin dan casis yang tidak seragam oleh agensi pengeluar dan pengedar kenderaan telah menyebabkan beberapa kesukaran semasa mendaftarkan kenderaan tersebut. Keadaan ini telah mendatangkan kesukaran kepada pelangan dan pihak JPJ.

  • Untuk tujuan penyelarasan kemasukandata nombor enjin dan casis, pihak Jabatan telah mengeluarkan garis panduan merekod nombor casis dan enjin ke dalam sistem pengkalan data JPJ.

DEFINASI

a.Prefix - Model dan kapasiti sesebuah enjin
b.Nombor Siri - Nombor pengeluaran kilang

GARIS PANDUAN MEREKOD

Garis panduan ini menerangkan kemasukan data perkara-perkara berikut:-
   a.Nombor enjin

  • Bermula dengan nombor prefix. Sebarang tanda (logo pembuat, space, titik, *,~,◊ and lain-lain) di awal dan dihujung prefix hendaklah diabaikan. Tanda itu adalah tanda keselamatan nombor enjin tersebut.

  • Dituruti dengan nombor siri

  • Jika ada sebarang tanda (logo pembuat, space, titik, *,~,◊ and lain-lain) diantara nombor prefix dan nombor siri hendaklah diabaikan dan tidak perlu dijarakkan.

  • Jika ada tanda (-), hendaklah dikekalkan (rekod)

   b.Nombor casis
  • Bermula dengan nombor prefix. Sebarang tanda (logo pembuat, space, titik, *,~,◊ and lain-lain) di awal dan dihujung prefix hendaklah. Tanda itu adalah tanda keselamatan nombor casis tersebut.

  • Jika ada sebarang tanda (logo pembuat, space, titik, *,~,◊ and lain-lain) diantara nombor prefix dan nombor siri hendaklah diabaikan dan tidak perlu dijarakkan

  • Jika ada tanda (-), hendaklah dikekalkan (rekod)
Contoh-contoh cara merekod nombor enjin dan nombor casis

PEMAKAIAN

Garis panduan ini hendaklah dilaksanakan sepenuhnya bagi mengelak sebarang kesukaran kepada orang awam dan lain-lain agensi yang melaksanakan proses pendaftaran kenderaan. Sebarang masalah berkaitan dengan perkara ini hendaklah di rujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan Bahagian Pelesenan Kendaraan, Ibu Pejabat JPJ Malaysia.